Tuesday, March 9, 2010

Pembuka Kata..



Pertama sekali kami mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang baik dan diberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan blog ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Dr Mawar Shafie kerana memberi panduan yang sebaiknya kepada kami untuk menyiapkan blog ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan tugasan ini. Blog ini dibina dengan tumpuan khusus terhadap latar dan pencapaian Zaharah Nawawi disamping melaksanakan tugasan wajib kami dalam Kursus Cerpen Melayu (SKMM1043), program Persuratan Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adalah diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan oleh ramai orang.

Latar rupa blog ini diilhamkan daripada Anugerah (1995), karya Zaharah Nawawi.

Wassalam.

1 comment:

  1. Pn Zaharah Nawawi - penulis gigih dan berwawasan. Terima kasih kerana beri kesempatan kepada saya belajar di bawah tunjuk ajar Puan. Semoga dengan sumbangan itu, hidup Pn Zaharah Nawawi diberkati Allah.

    ReplyDelete