Tuesday, March 9, 2010

Pembuka Kata..



Pertama sekali kami mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang baik dan diberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan blog ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Dr Mawar Shafie kerana memberi panduan yang sebaiknya kepada kami untuk menyiapkan blog ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan tugasan ini. Blog ini dibina dengan tumpuan khusus terhadap latar dan pencapaian Zaharah Nawawi disamping melaksanakan tugasan wajib kami dalam Kursus Cerpen Melayu (SKMM1043), program Persuratan Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adalah diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan oleh ramai orang.

Latar rupa blog ini diilhamkan daripada Anugerah (1995), karya Zaharah Nawawi.

Wassalam.

Latar Belakang

Zaharah Nawawi adalah anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor (5 Mei 1940) membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini.
Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Beliau juga menerima Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999).

Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan.