Tuesday, March 9, 2010

Pembuka Kata..



Pertama sekali kami mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang baik dan diberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan blog ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Dr Mawar Shafie kerana memberi panduan yang sebaiknya kepada kami untuk menyiapkan blog ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan tugasan ini. Blog ini dibina dengan tumpuan khusus terhadap latar dan pencapaian Zaharah Nawawi disamping melaksanakan tugasan wajib kami dalam Kursus Cerpen Melayu (SKMM1043), program Persuratan Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adalah diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan oleh ramai orang.

Latar rupa blog ini diilhamkan daripada Anugerah (1995), karya Zaharah Nawawi.

Wassalam.

Latar Belakang

Zaharah Nawawi adalah anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor (5 Mei 1940) membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini.
Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Beliau juga menerima Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999).

Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan.

Sunday, January 24, 2010

Pengalaman dalam kerjaya dan pendidikan


Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan di Mingguan Malaysia dan Anggota Sidang Pengarang majalah WANITA -- dari 1968 hingga 1976. Jawatan terakhir Zaharah di Utusan Melayu adalah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976. Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Penerbitan Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) yang merangkumi semua penerbitan majalah serta buku berbahasa Melayu di Berita Publishing.
Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan tentang perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah.
Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN. Zaharah berkhidmat di badan berkanun tersebut sehingga 1995, apabila beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa.
Zaharah menulis novel yang merupakan antara terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah (1995), mengenai sejarah perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan seterusnya menuntut kemerdekaan. Para pengkaji menyifatkan Anugerah bukan sekadar sebuah novel sejarah, tetapi juga novel politik dan feminisme iaitu tiga dalam satu. Novel ini berakhir dengan perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Novel Anugerah juga membawakan tuah kepada Zaharah Nawawi apabila dianugerahkan Sea Write Award di Bangkok Thailand. Di samping itu Anugerah juga sudah beberapa kali dipentaskan. Beberapa tokoh sastera turut sependapat bahawa novel Anugerah sebagai maha karya Zaharah Nawawi.



Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Semenjak 1989 menerusi cerpen Suara Ombak (Dewan Budaya) dan Emak Tak Marah Lagi, (Mingguan Malaysia) beliau banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Darul Ta’zim V menerusi kumpulan puisi Warna dan Wajah, dan cerpen Suara.

Dengan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa dinaungi mana-mana pihak.



Dan kelab Zaharah bukan sahaja kekal hidup sehingga sekarang, malah antara kelab yang tergiat mengadakan bimbingan kepada penulis/bakal penulis yang ingin memenuhkan dada dengan pelbagai ilmu penulisan.

Hasil daripada usaha gigih membimbing berkenaan telah ramai lahir penulis berwibawa dan berketrampilan seperti Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) yang boleh dikatakan sudah berada di puncak kejayaan dan sukar digugah zaman di samping ramai lagi yang baru muncul dan sedang melakar nama seperti Mohd Kholid Hamzah, Tiras R, Haryati Abu Nasir, W.B Rendra dan Ibnu Ahmad Al-Kurawi (sekadar menyebut beberapa nama.)

Usaha berterusan Zaharah membimbing dan melahirkan penulis berjaya telah membuka mata banyak pihak. Selain sering diundang menjadi pembimbing di bidang penulisan kreatif, pada Disember 2004 Zaharah diminta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka membimbing 23 penulis yang menjadi ahli Kepezi untuk melahirkan novel industri. Hasilnya 20 buah novel yang bertemakan pelbagai jenis industri berjaya disiapkan dalam tempoh enam bulan. Dan mulai Jun 2006 Zaharah ditawarkan menjadi pembimbing tetap bengkel cerpen tajaan Bahagian Sastera DBP yang diadakan diseluruh negara melalui Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sarawak dan akhirnya bengkel cerpen DBP Zon Sabah diadakan dari 1 hingga 3 Disember 2006.
Karya-karya Zaharah terutama Jalur Sinar Di Celah Daun dan Anugerah menjadi bahan kajian sarjana dan ilmuan di benua Eropah: Perancis, Denmark dan Australia.



Pada 2001 Zaharah menerima Geran Penulis daripada Dewan Bahasa untuk membuat novel penyelidikan (novel indusrti) berlatar belakangkan Paris, Grasse (Kota Minyak Wangi terletak 1,000 km dari Paris) dan Malaysia. Lalu terlahirlah novel yang diberi judul Haruman Kencana.

Melalui novel Cinta Penyerahan dan Tragedi, Zaharah berjaya memecahkan tradisi penulisan negara yang selama ini hanya ditulis seorang pengarang bagi sebuah novel, dengan menghasilkan karya yang ditulis berdua bersama Hamidah Kamaruddin. Sementara Warna & Wajah adalah kumpulan puisi pertama Zaharah, terbit pada 2003.




Ringkasnya:

Tamat darjah 6 Sekolah Melayu Kampung Parit Jawa Mukim 4 Batu Pahat Johor pada 1952.
1. 1957 -- 1961 : Guru bahasa Melayu di sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan Cina, Yong Peng, Johor.
2. 1961 -- 1966: Kerani kutipan tambang di Syarikat Penambang Melayu Batu Pahat, Johor.
3. 1966 -- 1968: Juruhebah, jurutaip dan penterjemah sambilan di bahagian siaran antarabangsa (Suara Malaysia) Perbadanan Penyiaran Jepun (NKH), Tokyo, Jepun.
4. 1968 -- 1975: Wartawan di Syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. di Kuala Lumpur.
a. 1968-1971 – Pengelola halaman sastera/penulis rencana ‘Kisah Masyarakat’ di Mingguan Malaysia.
b. 1971-1975 -- Anggota Sidang Pengarang Majalah WANITA
c. 1975-1976 -- Ketua Redaksi majalah MASTIKA.
5. 1976 -- 1985: Wartawan di Berita Publishing Sdn. Bhd (anak syarikat kumpulan akhbar NST) Kuala Lumpur.
a. 1976-1977 -- Pemberita gred B di majalah JELITA
b. 1977-1980 -- Penolong Pengarang JELITA
c. 1980-1982 -- Pengarang majalah JELITA
d. 1982-1985 -- Pengarang 'Am Penerbitan Berbahasa Melayu (merangkumi majalah dan buku) terbitan Berita Publishing.
e. 1985 -- Wartawan Pelatih di Berita Harian
6. 1985 -- 1986: Editor Urusan Di Pustaka Cipta Sdn. Bhd.
7. 1986 -- 1988: Penulis bebas.
8. 1988 -- 1995: Editor Majalah Timang Terbitan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
9. 1995 -- Kembali menjadi penulis sepenuh masa.
10. Jun 1997 –Mei 1998: Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka, K.L dengan projek penulisan autobiografi Merentas Laluan

PANEL PENILAI SAYEMBARA

1. Ketua Panel Hakim Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak DBP; 1991
2. Panel Hakim Peraduan Menulis Cerpen Guru DBP-BPG; 1998
3. Ketua Panel Hakim pertandingan cerpen Alam Sekitar kategori Pelajar anjuran Kementerian Alam Sekitar; 2000
4. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP; 2002
5. Panel Hakim Peraduan Cerpen Perpaduan – Kementerian Perpaduan Negara- DBP; 2003
6. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP ; 2003
7. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP; 2004
8. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP; 2005
9. Ketua Panel Hakim pertandingan cerpen Sempena Hari Buku Sedunia DBP; 2007
10. Panel Penilai Sayembara Mengarang Cerpen Sempena 50 Tahun Merdeka; DBP; 2007

Karya dan Sumbangan

Kumpulan Cerpen:


Percikan Bara (1982)
Kandungan:

- Debaran Yang Kencang

- Ibu Angkat - Harapan
- Tangisan

- Cikgu Murni
- Cikgu - Orang Besar Berkepala Batu
- Ikan – Ikan
- Gegar Membakar


Nasib (1986)

Kandungan:

- Tetamu Dari Johor Baharu - Berkarat, Berkaratlah..
- Tahu Yang Tidak Tahu

- Teman Sosial

- Suatu Keputusan

- Gagal
- Dalam Gema Takbir- Model San- Bola - Durian
- Nasib
- Kasih
- Kicau Murai Makin Sayup
- Sebatang Pokok Tua
- Pak Mat Paku




Suara Ombak (1994)


Kandungan :

DASAR
- Laut (2)

- Jalan Merah
- Suara Ombak

- Suara Kemenangan
- Biar Kartika Menjadi Saksi

- Jeram Ampai

ALUN
- Telah Terbina Sebuah Kota

- Pawana Flora Dan Fauna

- Suami

- Sukiyaki Dari Kinabalu

- Bermula Dari Mata
ARUS
- Laut (4)
- Laut (1)
- Batu, Pasir Dan Matahari

- Al-Kibriah
- Malam
BATU KARANG
- Tidurlah

- Dia
- Selamat Berangkat Ibu

- Bola Hitam

- Abang, Isteri Dan Anak
– Anaknya

BADAI
- Teluk
-Laut (3)

- Aku Tidak Bermimpi

- Pawana

- Perangkap

- Kawan
- Tabiat Nina Memang Begitu



Di Hujung Penantian (1988)


Kandungan:

BELANTARA
- Suif - Kupu –Kupu Putih
- Putik Kasih Sudah Berkembang- Bila Tahi Bintang Jatuh- Kawan – Kawan
- Seruling Itu Terus Mendayu
- Anak Angkat- Dahan jatuh Buah Bertabur
- Jiran

BUNGA DAN RANTING
- Hati Ibu
- Dakapan Yang Berpeluh

- Bunga Di Danau- Dia Datang Lagi- Wawancara Dengan Mak Cik TT- Anak Sulung Lahir
- Wanita
- Setiap Kali Raya Menjelang

KANCIL
- Emak Tidak Marah Lagi
- Di Hujung Penantian
- Adik
- Hadiah Penghargaan
- Terhukum
- Jalan Keluar - Jalan Terakhir- Minggu Pertama


Wangian Bukit Peranginan (2001)





Kandungan:

MATAHARI
- Cerita Musim Rontok
- Lopak - Suara Kemenangan
- Pada Suatu Musim Kering
- Di Perhentian Bas
- Orang Bertopeng

BULAN
- Perjalanan Yang Jauh
- Kerusi Yang Patah
- Kasut

MATAHARI DAN BULAN - Wangian Bukit Peranginan
- Anak – Anak Suria - Air Mata Lelaki
- Masih Belum terlewat

BINTANG
- Perjalanan Sperov
- Kuda Lumba
- Kereta Air
- Permainan Catur

Semangat Bunga (2004)



Kandungan:

-Doa
- Bukan Bintang Tidak Mengerlap
- Pada Pertemuan Itu
- Aku, Ibu Dan Ayah
- Pada Pertemuan Itu
- Di Hujung Riang
- Harga Diri 84-95
- Kek Hari Lahir
- Kenapa Aku?
- Malam Hitam Dan Bebola Api
- Tikar, Mangkuk, Tongkat
- Penggali Kubur
- Dimensi BIK
-Pertemuan MEI
- Sepanas Montmarte
- Poskad Digital
- Pulau, Pawana Dan Pelangi
- Pemain Boling
- Lautku Biru Juga
- Doktor Klonopi
- Semangat Bunga



Orang Perjuangan (2005)



Kandungan:

-Debaran Yang Kencang
- Gegak Membakar
- Cikgu Murni
- Orang Perjuangan
- Sebatang Pokok Tua
- Kicau Murai Semakin Sayup
- Emak Tak Marah Lagi
- Terhukum
- Al-Kibriah
- Suara Ombak
-Abang,Isteri dan Anak - Anak
-Perjalanan Sperov
-Kereta Air
-Perjalanan Jauh
-Pada Suatu Musim Kering
- Air Mata Lelaki
-Anak -Anak Suria
- Orang Bertopeng
- Wangian Bukit Peranginan
- Permain Catur


Novel dewasa 1. Sebelum Berhujungnya Musim Bunga, 1972 (Pustaka Melayu Baru) 2. Jalur Sinar Di Celah Daun, 1984 (Edisi 1 – Berita Publishing) 3. Persisir Hitam ,1985 (Pustaka Cipta) 4. Menuju Ke Puncak, 1987 (DBP) 5. Selamat Datang Adzie Farahah, 1988 (Marwilis Publisher) 6. Panglima Saleh Selampang Merah ,1988 (DBP) 7. Anugerah ,1995 (DBP) 8. Cinta Penyerahan Tragedi, 2003 (ditulis bersama Hamidah Kamaruddin) 9. Hujan Sudah Teduh 2004 (DBP) 10. Haruman Kencana 2004 (DBP) 11. Jalur Sinar Di Celah Daun 2007 (Edisi 2 – Alaf 21) 12. Bulan dan Mentari 2007 DBP (Pemenang sagu hati syembara sempena perayaan Jubli Emas DBP)

Novel Kanak - Kanak 1. Ebe dan Eme 1988 (DBP) 2. Wira dan Tuah (3 siri) 1993 (DBP) Siri 1: Ke Mana Wira Siri 2: Mencari Hujan Emas Siri 3: Wira Anak Berjasa Kumpulan cerpen kanak-kanak: 1.Komputer Baru Untuk Mama

Buku biografi/autobiografi
1. AZAH AZIZ: KARTIKA DI LANGIT SENI (biografi) 2. Merentas Laluan (autobiografi Zaharah Nawawi) 3. Paksi (autobiografi Zaharah Nawawi pada zaman remaja)

Kumpulan Puisi 1. Warna & Wajah – Memenangi kategori kumpulan puisi Hadiah Sastera Darul Ta’zim ke 5.

Penulisan Kolum 1. Siti Payung – majalah Jelita dari 1977 hingga 1982 2. Detik Waktu – majalah Perempuan dari mula terbit sehingga 2002 3. Rencana Pengguna – majalah Dewan Budaya dari 1998 hingga 2001 4. Suara Kencana – majalah WANITA dari Oktober 2006 hingga sekarang

Anugerah dan Pengiktirafan

HADIAH SASTERA/ANUGERAH

1. Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan - Public Bank 1986 menerusi cerpen Emak Tak Marah Lagi
2. Pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 menerusi cerpen Suara Ombak
3. Pemenangi Sagu Hati Hadiah Cerpen DBP/Maybank 1994/1995menerusi cerpen Kereta Air
4. Pemenang Ketiga Pertandingan Cerpen Berunsur Islam ke 8 anjuran JAKIM-DBP 1994 menerusi cerpen Perjalanan Yang Jauh
5. Pemenang Hadiah Penghargaan pertandingan Cerpen anjuran Pejabat Kebudayaan Negeri Pulau Pinang/YTL - Berita Harian Sempena Bulan Budaya 1996 menerusi cerpen Orang Bertopeng
6 . Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan – Public Bank 1996 menerusi cerpen Anak-anak Suria
7. Pemenang Hadian Sastera Darul Ta’zim 1 kategori cerpen eceran 1996 menerusi cerpen Perjalanan Yang Jauh
8. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 1 1966 kategori buku Kumpulan Cerpen Suara Ombak
9. Pemenang Kedua Pertandingan Cerpen Berunsur Islam ke 10 anjuran JAKIM - DBP 1996 menerusi cerpen Air Mata Lelaki
10. Pemenang Sagu Hati Pertandingan Cerpen Esso-Gapena ke 10, 1997 menerusi cerpen Wangian Bukit Peranginan
11. Pemenang Utama Hadiah Sastera Utusan- Public Bank 1999 menerusi cerpen Pemain Catur
12. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2 1999 kategori cerpen eceran menerusi cerpen Pemain Catur
13. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2 1999 kategori puisi eceran menerusi puisi Perempuan Tua dan Penghantar Surat
14 Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Formula Malaysia 2000 menerusi cerpen Semangat Bunga
15. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 3 2001 kategori cerpen eceran menerusi cerpen Sehangat Montmart
16. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 4 2003 kategori buku Kumpulan Cerpen Wangian Bukit Peranginan
17. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 5 2005 kategori buku Kumpulan Puisi Warna dan Wajah
18. Pemenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim 5 2005 kategori cerpen eceran menerusi cerpen Suara
19. Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan – Exxon Mobil 2005 menerusi cerpen Gadis Bunga Di Tasik Dal
20. Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2005 menerusi cerpen Mergastua dan Kotak Batu
21. Pemenang kategori A Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004 – 2005 menerusi autobiografi Merentas Laluan
22. Pemenang Sagu Hati Pertandingan novel sempena sambutan jubli emas DBP 2006 menerusi novel Bulan dan Mentari

23, Pemenang Sagu hati Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2006 menerusi cerpen Sebatang Besi Buruk

24. Pemenang Penghargaan Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2007 menerusi cerpen Sebatang Besi Buruk

25. Pemenang Hadiah Penghargaan HSKU-Exxon Mobil 2008 menerusi cerpen Laut Tetap Bergelora





HADIAH PENULISAN PENGGUNA

1. Pemenang Sagu Hati Penulis Artikel Pengguna anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malaysia 1998 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP.

2. Pemenang Sagu Hati Anugerah Media Massa kategori penulis artikel majalah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malaysia 1999 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP.

3. Pemenang Ketiga Hadiah Galakan Tahunan Penulisan Industri Perfileman Malaysia 1999 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional.

4. Pemenang Terbaik Anugerah Media Massa kategori penulis artikel majalah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malaysia 2000 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP.

5. Pemenang Terbaik Anugerah Media Massa 2001 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malasyia 2001 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP

Bibliografi

Abdullah Tahir. 2003. Putik kasih sudah berkembang-Zaharah Nawawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Othman Puteh, Ramli Isin. 1983. Antologi cerpen. Suatu subuh yang bening. Fajar Bakti


Othman Puteh. 1988. Cerpen Malaysia perang dunia ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Othman Puteh, Ramli Isin. 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu moden cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Suratman Markasan. 1991. Cerpen-cerpen Nusantara mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.